Sukan Hari Ini

Pahang diberi tiga mata untuk kekal Liga Super

PASUKAN Pahang diberikan tiga mata penuh dan kemenangan percuma 3-0 bagi perlawanan menentang Kedah pada 3 Ogos lepas, menyaksikan Pahang mengesahkan slot untuk kekal dalam Liga Super musim hadapan.

Mata berharga itu diperoleh Pahang susulan Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam mesyuaratnya semalam memutuskan Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) didapati bersalah melanggar Artikel 71(c) Kod Tatatertib FAM 2015’ berkenaan ‘Obligasi Pasukan’.

Menurut FAM dalam kenyataan hari ini, tindakan itu susulan pihak KFA menurunkan pemain pertahanan Mohd Rizal Mohd Ghazali yang telah digantung secara automatik.

“Ia akibat daripada pengumpulan tiga kad kuning pada perlawanan Liga Super 2016 yang berbeza ketika perlawanan Liga Super 2016 antara Kedah lawan Pahang pada 3 Ogos lepas di Stadium Darul Aman, Alor Setar,” katanya.

Menurut FAM, KFA didenda sebanyak RM5,000 dan diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama.

Dalam perlawanan pada 3 Ogos itu, Kedah mengalahkan Pahang 1-0. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");