Panasnya Hari Ini

Parti Warisan Sabah Peroleh Kelulusan, Shafie Apdal Sebagai Presiden

KUALA LUMPUR:Penukaran nama parti asal Sabah yang diambil alih bekas Naib Presiden UMNO Datuk Seri Shafie Apdal diluluskan Pejabat Pendaftaran Pertubuhan di Putrajaya, hari ini.

Memetik sumber Astro Awani, parti yang dahulu dikenali sebagai Parti Pertubuhan Warisan Sabah yang diluluskan pada 2013 kini dikenali sebagai Parti Warisan Sabah (Warisan).

Terdahulu, Shafie kelihatan hadir tepat jam 9 pagi dengan membawa bersama logo baharu parti tersebut yang diinspirasikan kapal layar dan berwarna biru dan merah.

“Sebagai Presiden parti, saya mengumumkan bahawa logo ini membawa maksud jalinan penyatuan di antara pantai timur dan selatan Sabah.

“Setakat ini Warisan mempunyai keahlian yang lebih ‘senior’ daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia.

“Warisan mempunyai dua Ahli Parlimen dan tiga Ahli Dewan Negeri iaitu Daryll Leiking, Junz Wong, Peter Anthony Dan Datuk Dr Jaujan Sambakong,” katanya.

Jelas Shafie, Leiking menjawat jawatan Timbalan Presiden, manakala Wong, Anthony dan Sambakong adalah Naib Presiden.

Parti Warisan Sabah bakal dilancarkan secara rasmi di Kota Kinabalu dalam masa terdekat.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");