Perak Hari Ini

Peluang Pekerjaan Belia Semakin Mencabar

IPOH : Peluang pekerjaan kepada golongan muda yang semakin mengecil adalah satu cabaran besar di peringkat global dan mendorong kepada pergolakan politik serta aliran migrasi.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah, migrasi antarabangsa melibatkan golongan belia adalah tinggi.

“Pergolakan politik dan konflik adalah faktor utama disebalik semua yang kita alami ketika ini.

“Golongan belia yang migrasi ini disebabkan oleh kekurangan peluang pekerjaan di negara mereka sendiri dan keinginan untuk membina kehidupan yang lebih baik di tempat yang mempunyai peluang pekerjaan,”titah baginda.

peraktoday1

Baginda bertitah ketika memberi ucaptama di The 3rd WorldConference on Islamic Thought and Civilization (WCIT 2016) yang bertemakan ‘Future World’.

Turut mengiringi keberangkatan baginda ialah Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Naib Canselor Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), Tan Sri Nordin Kardi serta barisan Exco negeri.

Baginda bertitah lagi, kedua-dua faktor berkenaan saling berkaitan dimana kekurangan peluang pekerjaan akan menjurus kepada pergolakan politik.

“Proses ini boleh menjadi kitaran yang ganas apabila pelabur tidak berani untuk mengambil risiko perniagaan dan dikaitkan dengan pergolakan politik. Dengan itu, ianya menghadkan lagi peluang pekerjaan.

peraktoday4

“Tahap pengangguran belia yang tinggi juga dikenalpasti sebagai punca kebangkitan belia yang menerajui Arab Spring.

“Satu anggaran meletakkan pengangguran belia di negara-negara Islam pada 15.6 peratus iaitu hampir satu per empat lebih tinggi daripada purata global sebanyak 12.6 peratus,”titah baginda.

Sultan Nazrin turut bertitah, selain daripada faktor-faktor demografik peluang pekerjaan juga diancam oleh teknologi baru yang berkembang dengan cepat.

“Sesetengah pihak percaya bahawa kemajuan semasa dalam bidang robotik dan buatan akan mewujudkan pengangguran yang berleluasa kerana mesin mengambil alih tugas-tugas yang sebelum ini dilakukan manusia.

“Walaupun cabaran ini dari dinamik demografi dan teknologi, belia hari ini masih lebih baik dari masa lalu.

“Tahap kemajuan ini, dan yang lebih konkrit untuk generasi belia semasa, kadang-kadang hilang dalam fokus yang lebih negatif apabila media antarabangsa memberi fokus negatif mengenai bencana, peperangan dan keganasan serta aliran pendatang,”titah baginda.

“Walaupun peluang hidup belia di sesetengah negara sangat teruk terjejas oleh perang dan keganasan, terutamanya di Palestine, Syria dan Iraq, terdapat banyak lagi negara yang mengalami kemajuan pernah berlaku sebelum ini yang sama seperti orang lain.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");