Perak Hari Ini

Pembangkang Perlu Bersatu Untuk Jatuhkan Najib – Tun M

MANJUNG: Semua parti pembangkang perlu bersatu dan bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, tegas Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau yang juga Pengerusi PPBM berkata, perkara itu perlu dilakukan kerana parti pimpinan Najib sukar ditumbangkan berikutan ia disokong oleh parti-parti lain.

1

“Untuk menjatuhkan satu parti kerajaan bukan sesuatu yang mudah kerana terdapat gabungan parti lain yang membantu sesama mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada Majlis pertemuan barisan kepimpinan tertinggi PPBM di sini, hari ini.

6

Hadir sama, isterinya,Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Naib Presiden, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan beberapa pemimpin parti pembangkang.

Tun Mahathir berkata, meskipun setiap parti pembangkang mempunyai pendapat yang berbeza, namun ia harus dilupakan untuk mencapai matlamat bersama.

silveryouth

“Lupakan sahaja kepentingan perjuangan parti yang kecil sebaliknya tumpu kepada perjuangan yang lebih besar.

“Kita mungkin tak bersetuju dengan pendapat masing-masing, tetapi bersetuju untuk menyingkirkan kerajaan yang dipimpin Najib. Kalau kita bersetuju, kita mesti bergabung dan bekerjasama serta melupakan segala kelainan antara kita,” katanya lagi.

Tambahnya, beliau turut menyatakan kesudiannya untuk bekerjasama dengan musuh politiknya satu ketika dahulu bagi mencapai matlamat tersebut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");