Berita Hari Ini

Pembersihan hospital giat dijalankan

JOHOR BAHRU – Operasi pembersihan kawasan terjejas akibat kebakaran di Hospital Sultanah Aminah (HSA), semalam sedang giat dilakukan.

Menurut jurucakap Bilik Gerakan Bantuan Bencana HSA, 60 kakitangan tentera daripada Briged Ke-7 Infantri, Kem Tebrau antara agensi yang terlibat dalam kerja-kerja pembersihan.

Katanya, operasi yang berterusan sejak jam 1.30 tengahari, semalam itu melibatkan kerja pengalihan barang dan pembersihan kawasan terjejas yang merangkumi dua tingkat pada bangunan induk hospital berkenaan.

“Semalam, semasa kejadian pihak tentera turut menyediakan hospital medan yang ditempatkan di Kem Tebrau dengan kapasiti sebanyak 80 katil dengan kekuatan dua doktor serta 10 anggota paramedik.

“Proses perpindahan menggunakan Airborne Hundred juga diletakkan dalam mode sedia tetapi tidak digunakan memandangkan jalan darat masih boleh digunakan,” katanya ketika ditemui, di HSA hari ini.

Katanya lagi, proses pembersihan dijangka mengambil masa selama dua hari untuk diselesaikan tetapi bergantung kepada keadaan semasa dan bantuan yang disalurkan.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");