Jenayah

Pemuda berkopiah curi pemadam api

MARANG: Penyelia sebuah stesyen minyak di Rhu Rendang di sini tidak menyangka sekumpulan pemuda kelihatan ‘warak’ sebenarnya bertanggungjawab mencuri alat pemadam api di stesen minyak berkenaan pagi tadi.

“Kejadian itu berlaku kira-kira jam 5.43 pagi namun kehilangan alat pemadam api itu hanya disedari salah seorang pekerja sekitar jam 8.00 pagi apabila peralatan itu tiada di tempat yang sepatutnya,” kata penyelia terbabit, Mohd Azwadi Ibrahim, 34.

Mohamad Azwadi berkata, perkara itu terbongkar selepas dia membuat pemeriksaan melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan mendapati ia berlaku semasa sebuah kereta jenis Proton Wira mengisi minyak di salah sebuah pam di stesen minyak itu.

Menurutnya, kereta itu dinaiki sekumpulan tiga pemuda dan ketika salah seorang dari mereka sedang mengisi minyak, seorang lagi yang berada di bahagian penumpang belakang turun untuk mengambil peralatan bernilai kira-kira RM200 itu.

“Agak mengejutkan kami kerana kedua-dua pemuda yang kelihatan dalam rakaman cctv itu kelihatan seperti orang baik-baik malah masing-masing memakai kopiah sehinggalah perbuatan mereka dilihat melalui rakaman CCTV,” katanya.

Sehubungan itu, pihak pengurusan stesyen minyak berkenaan mengambil keputusan untuk melaporkan kejadian tersebut kepada pihak polis agar pemilik stesyen minyak lain tidak menjadi mangsa sekumpulan pemuda terbabit.

Mohamad Azwadi mewakili pihak pengurusannya membuat laporan di Balai Polis Marang kira-kira jam 3.00 petang agar pihak polis dapat mengambil tindakan lanjut juga bagi membendung kes kecurian membabitkan alat pemadam api di stesen minyak.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");