Berita Hari Ini

Penganjur program jati diri wajib bentangkan modul kepada PPD

PUTRAJAYA: Penganjur program pembinaan jati diri membabitkan pelajar sekolah diwajibkan memberi penerangan maklumat modul program yang akan dijalankan kepada Pejabat Pendidikan Daerah.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata ia bagi mengelakkan modul latihan yang tidak bersesuaian dan boleh menimbulkan trauma, seperti berlaku ke atas sekumpulan pelajar di Kuala Kangsar, Perak, baru-baru ini.

“Sebarang program jati diri membabitkan pelajar masih boleh diteruskan tetapi kita minta ia tidak membabitkan perkara yang menimbulkan trauma ke atas pelajar.

“Justeru, penganjur termasuk agensi kementerian lain perlu membuat pengesahan dengan pihak sekolah dan PPD bagi menjelaskan maklumat program yang akan dijalankan sebelum kebenaran diberikan,” katanya pada sidang media selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Pendidikan di sini, hari ini.

Beliau berkata, program jati diri yang dijalankan di bawah kementerian sudah mempunyai prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Bagi program bawah kementerian tidak ada masalah, cuma program yang dijalankan agensi luar kadang-kala modulnya ditambah tanpa pengetahuan pihak sekolah,” katanya.

-BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");