shadow

RAUB: Pemborong dan pengilang dari Kuala Lumpur membekalkan lebih 70 metrik tan hingga 100 metrik tan minyak masak kepada peniaga dan pasar raya di negeri ini sejak seminggu lalu sebagai persediaan sambutan perayaan Deepavali esok.

Pengerusi Jawatankuasa Koperasi, Keusahawanan dan Kepenggunaan negeri, Datuk Seri Shahiruddin Ab Moin berkata, bekalan akan terus dihantar secara berperingkat-peringkat bagi memastikan masyarakat India di seluruh daerah ini dapat menyambutnya dengan selesa.

Beliau berkata, ia sekali gus mengelak berlakunya kekurangan bekalan minyak masak di pasaran tempatan berikutan tindakan segelintir pengguna yang membuat pembelian panik berikutan langkah rasionalisasi subsidi bahan makanan itu bermula bulan hadapan.

“Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) juga akan meningkatkan pemantauan dan pemeriksaan dengan menggerakkan lebih 200 anggota pengkuatkuasanya ke seluruh daerah bagi mengawasi bekalan minyak masak sejak seminggu lalu,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Shahiruddin berkata, pengguna tidak perlu bimbang dengan bekalan minyak masak terutama paket bersaiz satu kilogram sehingga membeli dengan kuantiti yang banyak kerana harganya masih kekal RM2.50.

-BH Online

Komen & Pendapat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *