Isu Panas

Penghijrahan Adun Jorak tidak bermakna BN lemah

PASIR GUDANG – BN Johor anggap penghijrahan Adun Jorak, Datuk Dr Shahruddin Mohd Salleh ke parti Bersatu sebagai realiti politik yang perlu dihadapi berasaskan keadaan semasa.

Pengerusi BN Negeri, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pengumuman Dr Shahruddin sebagai Setiausaha Agung parti itu bermakna beliau telah menjadi ahli parti pembangkang dan secara automatik gugur sebagai ahli Umno.

Menurutnya, tindakan itu tidak bermakna keadaan negeri parti memerintah menjadi lemah, sebaliknya meningkatkan semangat ahli BN untuk bekerja lebih kuat menawan semua kerusi yang terlucut.

“Kita tidak berada dalam keadaan yang lemah kerana kita masih mempunyai majoriti selesa dan sedikit pun tidak menjejaskan kita di Johor,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Deepavali 2016, semalam.

Hadir sama, Adun Tiram merangkap Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Pasir Gudang, Datuk Maulizan Bujang dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MMPG), Hasrin Kamal Hashim.

Mohamed Khaled, yang juga Pengerusi Umno Negeri berkata, beliau percaya lebih 400,000 ahli Umno di Johor masih sayangkan parti itu.

Menurutnya, kehadiran Bersatu tidak sedikit pun menjejaskan semangat jentera Umno untuk berusaha menambah bilangan pengundi dengan melakukan pendaftaran pengundi Umno di semua bahagian.

“Dalam apa sekalipun situasi dan keadaan, mereka akan memikir secara mendalam sebelum membuat keputusan untuk menyertai Bersatu.

“Saya tak nafikan hakikat parti lawan memberi tumpuan di beberapa kawasan di Johor yang diasak di selatan dan utara Johor, tapi di luar bandar agak kurang dan tak kuat,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");