Jenayah

Peniaga mengaku tidak bersalah atas tuduhan rogol kanak-kanak

ALOR SETAR: Seorang peniaga mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas tiga pertuduhan merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun, tahun ini.

Mohd Ramzdan Abdul Rahman Wong, 24, membuat pengakuan terbabit selepas kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Najwa Che Mat.

Mengikut kertas pertuduhan pertama, tertuduh didakwa merogol mangsa dalam sebuah rumah di Blok D, Flat Taman Setia Jaya, Jalan Langgar di sini, pada jam 8 pagi 18 Jun lalu.

Pertuduhan kedua pula, tertuduh didakwa melakukan perbuatan sama di lokasi sama pada jam 9 pagi penghujung Jun lalu, manakala pertuduhan ketiga, tertuduh didakwa merogol mangsa di Blok C, Flat Taman Setia Jaya, Jalan langgar, di sini, pada jam 11 pagi 5 Oktober lalu.

Mohd Ramdzan didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 375 (g) Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Ana Rozana Mohd Nor, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah memutuskan tertuduh tidak boleh diikat jamin dan menetapkan 24 November ini untuk serahan laporan perubatan mangsa.

-BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");