Perak Hari Ini

Penjenayah Dikehendaki Mati Ditembak

IPOH : Seorang penjenayah yang dikehendaki mati ditembak dalam satu kejadian yang berlaku di Simpang Lima, Sitiawan, awal pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Perak, Datuk Gan Tian Kee berkata, anggota polis yang membuat rondaan cegah jenayah di kawasan Ayer Tawar telah menerima maklumat satu kereta yang mencurigakan berada di pekan Ayer Tawar sekitar jam 3.15 pagi.

“Ekoran daripada itu, pasukan berkenaan telah berjaya mengesan kereta itu. Walaubagaimanapun, pemandu kereta tersebut menyedarinya dan bertindak memecut kenderaannya ke arah Sitiawan.

“Apabila tiba di Simpang Lima, kereta itu terbabas dan anggota cuba menghampirinya sebelum mendengar tembakan dan melihat percikan api daripada arah kereta tersebut,”katanya dalam satu sidang media yang diadakan di sini, hari ini.

Ujarnya, anggota kemudiannya bertindak melepaskan tiga das tembakan bagi mempertahankan diri dan salah satu tembakan tersebut mengenai suspek.

perak-today-5

Gan berkata lagi, hasil pemeriksaan awal mendapati, suspek yang berumur lingkungan 30 tahun itu mempunyai lima rekod kesalahan lampau termasuklah melibatkan dadah, mencederakan menggunakan senjata api serta dikehendaki atas kesalahan kes cubaan bunuh pada tahun 2014.

“Selain itu, hasil pemeriksaan pihak polis, kita menjumpai sepucuk pistol, lima butir peluru hidup, satu kelopak peluru, sebilah parang dan dua telefon bimbit.

“Pihak polis masih menyiasat sama ada suspek ada terlibat dalam kelakuan jenayah yang lain atau terlibat dalam mana-mana kumpulan jenayah,”katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");