Sukan Hari Ini

Pentas terakhir pikat Kim Swee

Kuala Lumpur: Berdepan Afghanistan yang menghuni ranking ke-149 dunia di Stadium Shah Alam malam ini akan dijadikan medan terakhir buat 30 pemain negara memikat hati pengendali pasukan Harimau Malaysia, Datuk Ong Kim Swee bagi menghadapi saingan Piala AFF bulan depan.

Jelas pengendali dari Melaka itu, pasukan negara yang kini berada ditangga ke-158 dunia hanya memiliki satu lagi aksi persahabatan 14 November ini bertemu Papua New Guinea, yang mana aksi itu hanya dibarisi kelompok terakhir yang akan dinilai berdasarkan pertemuan menentang Afghanistan.

Katanya, selepas mengharungi dua aksi persahabatan berdepan Singapura (Jumaat lalu) dan Afghanistan (malam ini), beliau akan memutuskan senarai akhir 25 pemain untuk kem latihan pusat awal bulan hadapan sebelum menggugurkan dua lagi nama bagi dibawa ke Myanmar pada 19 November ini.

“Seperti yang saya katakan, saya perlu memberi peluang kepada semua pemain untuk menarik perhatian saya. Saya takkan panggil lagi 30 pemain untuk kem latihan pusat terakhir dengan hanya 25 pemain akan dipanggil sebelum 23 pemain didaftarkan ke Piala AFF 2016.

“Jadi aksi esok (malam ini) adalah tempoh terakhir untuk pemain mempamerkan kemampuan masing-masing.

“Tapi pada masa sama, saya tak boleh menukar keseluruhan pasukan kerana saya perlu menurunkan barisan seimbang,” katanya ketika ditemui pemberita pada sidang media di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), semalam.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");