Perak Hari Ini

Perak Diiktiraf 10 Wilayah Terkemuka Di Dunia

IPOH: Perak sekali lagi menerima pengiktirafan menerusi Lonely Planet sekali sebagai antara 10 Wilayah Terkemuka Dunia pilihannya bagi tahun depan.

Exco Kerajaan Negeri, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi berkata, pengiktirafan itu merupakan satu penghormatan besar dalam mempromosi Perak kepada para pelancong asing di serata dunia.

“Terdahulu, Lonely Planet memberi pengiktirafan kepada Ipoh diperingkat Asia tetapi kali ini penghormatannya lebih besar dimana negeri Perak pula yang dinobatkan antara 10 Wilayah Terkemuka Dunia.

“Kami rasa syukur dan ia dianggap sebagai platform untuk kerajan negeri lebih mempromosi dan memasarkan produk-produk terbaik yang ada di Perak,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media khas di Kafe Kepura Taman Tema Lost World of Tambun di sini hari ini.

Sebelum ini, portal pengembaraan dunia itu menyenaraikan Perak di tangga sembilan selepas Coastal Georgia, Amerika Syarikat; The Tuamotus, French Polynesia; Aysen, Chile; South Australia; North Wales, United Kingdom; The Azores, Portugal dan Taranaki, New Zealand.

Senarai itu dimuatkan dalam terbitan terbaharu Best in Travel 2017 kelmarin, dan merupakan edisi tahunan ke-12 Lonely Planet yang memaparkan koleksi aliran pelancongan selain pengembaraan terkini, destinasi serta pengalaman dunia bagi tahun depan.

“Beberapa lokasi telah disebut melalui penganugerahan itu iaitu Bandaraya Ipoh, Royal Belum dan Gua Tempurung antara lokasi menarik untuk dilawati,” katanya.

Tambahnya lagi, ia membantu menguatkan azam semua pihak terlibat sebagai langkah persediaan menerima 7 juta orang pelancong melawat ke negeri Perak bagi tahun hadapan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");