Perak Hari Ini

Perak Pelbagaikan Promosi Sempena Tahun Melawat Perak 2017

IPOH:Pelbagai program dan promosi dijalankan sebagai persediaan menyambut Tahun Melawat Perak pada tahun hadapan.

Exco Kerajaan Negeri, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi berkata negeri Perak akan turut serta dalam pakej bersekali yang bakal dilancarkan di World Travel Map di London November ini.

“Disebakan Pahang dan Terengganu turut akan menyambut tahun melawat negeri mereka kesemua tiga negeri mengemukakan tiga pakej ekslusif untuk menyakinkan pelancong bagi melawat ketiga-tiga negeri tersebut.

“Ketiga-tiga negeri iaitu Pahang, Terengganu dan Perak akan menyambut tahun melawat negeri masing -masing yang mana
pakej akan disediakan kepada pelancong antarabangsa dalam satu masa yang sama,” katanya dalam satu sidang media di sini hari ini.

Ujarnya lagi, negeri Perak akan berbincang dengan kedua-dua negeri ini dalam menyediakan pakej kepada pelancong antarabangsa selain promosikan negeri masing-masing.

Dalam pada itu, beliau berkata pihaknya akan memastikan faktor kebersihan dan perkhidmatan hospitaliti dapat dinaiktaraf dan dapat menjamin suasana yang baik kepada para pelancong.

“Kebersihan adalah perkara utama yang memerlukan kerjasama semua pihak terutama rakyat yang perlu menjaga persekitaran rumah, premis perniagaan dengan baik.

“Selain itu kita akan cuba kekalkan kedudukan kita dan cuba yang lebih baik pada masa akan datang,” katanya lagi.

kerjasama daripada pihak swasta juga jelasnya penting bagi memastikan setiap produk pelancongan yang ditawarkan lebih kompetitif dan menarik perhatian pelancong luar.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");