Perak Hari Ini

Perak Tubuh Jawatankuasa Kaji Kurikulum SAR, Maahad

SUNGAI SIPUT :Kerajaan negeri telah menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi mengkaji kurikulum untuk sekolah-sekolah agama rakyat (SAR) dan maahad tahfiz di seluruh negeri Perak.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, penubuhan jawatankuasa itu selaras dengan titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah agar kajian ini dibuat bagi tujuan memperbaiki kedudukan pendidikan agama Islam di negeri ini.

“Ianya juga selaras dengan visi Majlis Agama Islam Perak (MAIPk) dan kerajaan negeri bagi memastikan kualiti pendidikan di SAR dan Maahad Tahfiz sentiasa berada dalam kedudukan yang baik dalam konteks kurikulumnya.

perak-today-8

“Ianya bukan sahaja terletak kepada silibusnya, tetapi merangkumi semua aspek kurikulum termasuk dari segi persediaan guru, persediaan prasarana dan kualiti pengajaran yang ada di setiap sekolah agama atau maahad tahfiz yang diwujudkan,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Sekolah Agama Rakyat Ijtihadiah, Kampung Bahagia, di sini, hari ini.

Turut hadir Pengerusi sekolah tersebut, Datuk Ahmad Pakeh Adam dan ADUN Lintang, Datuk Zolkafly Harun.

perak-today-2

Ujar Zambry lagi, jawatankuasa tersebut diwakili oleh pakar dalam bidang pendidikan Islam termasuklah pengajar di sekolah agama dan maahad tahfiz, pendidik di peringkat universiti serta berpengalaman dalam penyediaan kurikulum di Malaysia dan antarabangsa.

“Kajian ini telah dibuat dan sekarang ini adalah di peringkat penyediaan laporan yang dijangka siap pada Jun tahun hadapan.

“Mereka telah mengadakan beberapa siri perbincangan dan akan dikemukakan kepada MAIPk selain akan disembah maklumkan kepada Sultan Perak dan kerajaan negeri,”katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");