Membawang Hari Ini

Persembahan khas Sudirman dipentaskan November

KUALA LUMPUR: Sebagai tanda penghormatan terhadap jasa Datuk Sudirman Arshad bersempena 25 tahun pemergiannya pada 22 Februari 2017, tokoh teater wanita, Datuk Faridah Merican, bakal mengarahkan sebuah persembahan khas buat seniman legenda berkenaan.

Diambil daripada judul lagu yang melonjakkan Sudirman ke persada antarabangsa, One Thousand Million Smiles akan dipentaskan bermula dari 3 hingga 5 November 2016 di Pentas 1, The Kuala Lumpur Performing Arts Centre (KLPAC).

Menurut Faridah, sebagai ikon yang amat disayangi ramai, beliau sedih apabila usaha dan sumbangan Sudirman terhadap seni tanah air semakin dilupakan. TOKOH teater wanita, Datuk Faridah Merican.

“Penghormatan ini diadakan sebagai usaha untuk mengembalikan muziknya. Pencinta muzik akan disajikan dengan rangkaian lagu yang terbaik beliau seperti Balik Kampung, Salam Terakhir, Hujan dan sudah tentu One Thousand Million Smiles.

“Kita bukan saja ingin kembalikan kegemilangan lagu nyanyiannya, tetapi turut memperingati legasi beliau dengan menubuhkan Tabung Biasiswa Sudirman. Kutipan daripada persembahan itu akan disalurkan kepada tabung biasiswa berkenaan,” katanya.

Faridah berkata, muzikal penghormatan ini menampilkan barisan penyanyi daripada pelbagai latar belakang yang sudah pastinya akan menyemarakkan kembali semangat perpaduan persembahan berkenaan.

Antaranya ialah anak saudara kesayangan Sudirman iaitu Atai; anak mendiang penyanyi Alleycats, Loganathan Arumugam, Dasha Logan; dan juara program reality ntv7 Audition, Tria Aziz.

Turut menjayakan persembahan khas itu ialah Aaron Teoh, Amir Hazril Harith, Ian Chow dan Joel Wong.

Konsep persembahan yang menyamai persembahan muzikal zaman 80-an ini diiringi orkestra KLPAC di bawah pimpinan Lee Kok Leong dan kumpulan pemuzik yang diketuai Loh Ui Li.

Kata Faridah lagi, penghormatan ini akan mengimbau kehidupan dan sepanjang perjalanan seni penghibur terbabit.

“Tidak banyak yang didokumenkan mengenai seniman ini, namun kami mahu orang ramai berkongsi cerita berkaitan Sudirman dan siapa beliau di mata mereka.

“Selain menemubual orang ramai, kami juga akan menjemput mana-mana individu untuk berkongsi kisah mereka dengan kami atau apa-apa tanda mata yang boleh dipinjamkan kepada kami untuk dijadikan bahan pameran,” ujarnya.

Bagi yang ingin menyumbang koleksi peribadi mereka untuk ditayangkan di ruang pameran berkenaan boleh menghubungi Soo ([email protected]) atau Olivia ([email protected]).

Tiket berharga RM40 hingga RM100 boleh dibeli menerusi kaunter tiket di KLPAC. Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi 03-40479000.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/200707

-BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");