Jenayah

Polis ditahan

Johor Bahru: Seorang pegawai polis ditahan selepas pemeriksaan mengejut di pejabatnya menjumpai sejumlah dadah syabu dan wang tunai RM29,000 dalam milikannya, petang kelmarin.

Pegawai polis dipercayai berpangkat inspektor dan bertugas sebagai pegawai penyiasat di Ibu Pejabat Polis Daerah di negeri ini ditahan bersama 586 gram syabu dan wang tunai.

Menurut sumber polis, pemeriksaan di pejabat tempat suspek bekerja kira-kira jam 3.25 petang menemui syabu dan wang tunai berkenaan.

Kata sumber, dadah ditemui dianggarkan bernilai RM87,000.

“Ketika ditahan, suspek tidak mengaku memiliki dadah dan wang tunai dirampas.

“Ujian saringan air kencing mendapati dia negatif dadah,” katanya.

Semalam, suspek dipercayai berusia 31 tahun itu dibawa ke Mahkamah Majistret, di sini, untuk mendapatkan perintah reman bagi membolehkan siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana mengedar dadah.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh mengesahkan ada menerima laporan berhubung kes berkenaan.

-Harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");