SHAH ALAM: Seorang remaja lelaki maut selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 11.6 Lebuhraya Persekutuan hala dari arah Shah Alam ke Klang, di sini, awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 1.50 pagi itu, mangsa, Muhammad Aiman Farhan Haslan, 19, cedera parah pada bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, siasatan dapati mangsa menunggang secara merbahaya dengan melawan arus jalan raya sebelum bertembung penunggang yang ketika itu dari arah Kuala Lumpur ke Klang.
“Mangsa yang cedera itu kemudian dibawa ke Hospital Shah Alam untuk menerima rawatan,” katanya.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1)(a) APJ 1987.
-Sinar harian
Komen & Pendapat