Isu Panas

RUU355: DAP, Amanah punca bukan Islam tolak

KOTA BHARU – Kepimpinan Pas terus menyerang DAP, malah kali ini turut mengaitkan Amanah yang didakwa menjadi punca kekeliruan masyarakat bukan Islam terhadap pindaan Akta 355.

Kenyataan itu dibuat Ketua Pemuda Pas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz ketika mana usaha agresif dibuat oleh barisan pembangkang untuk membawa masuk Pas dalam pakatan sekaligus mengelak saingan tiga penjuru dalam PRU 14 nanti.

Ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata, beberapa siri dialog bersama masyarakat bukan Islam melalui Dewan Himpunan Penyokong Pas menunjukkan mereka berpuas hati dengan usaha Pas untuk memperkasakan mahkamah syariah melalui pindaan Akta 355.

“Nyata dan jelas, kekeliruan mereka adalah berpunca daripada maklumat-maklumat bohong dan palsu yang mereka terima lebih awal daripada DAP dan Amanah,” katanya dipetik dalam laman Facebooknya semalam.

Beliau dalam masa yang sama mendakwa DAP parti musuh Islam selain mengaitkan Amanah dengan fitnah.

“DAP adalah musuh Islam. Amanah adalah fitnah dalam tubuh umat Islam. Insya-ALLAH, musuh Islam akan tumbang dan fitnah akan lebur di bumi Malaysia bertuah ini,” katanya dipetik.

Kelmarin, Ketua Penerangan Pas, Nasruddin Hassan dilaporkan berkata, PKR perlu menyingkirkan DAP sekiranya mahu mengadakan rundingan dengan parti itu.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");