Berita Hari Ini

Sedia peruntukan untuk landskap Kuala Kangsar

BANDAR KUALA KANGSAR – Kerajaan negeri akan mempertimbangkan untuk meluluskan peruntukan bagi mengindahkan landskap di Kuala Kangsar.

Exco Negeri, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi berkata, peruntukan tersebut turut melibatkan cat baru bagi bangunan-bangunan di kawasan itu.

Menurutnya, Kuala Kangsar merupakan salah satu ikon pelancongan di Perak dan peruntukan sebegitu mampu melonjakkan imej bandar ini.

Tambahnya, penganjuran ‘Kuale Car Free Day’ di Jalan Kangsar juga secara tidak langsung mempromosikan bangunan lama di kawasan tersebut.

“Kita lihat Jalan Kangsar mempunyai potensi yang baik apabila melihat reka bentuk bangunan yang unik dan lama di sekelilingnya.

“Ini boleh menarik ramai pengunjung terutamanya dari luar untuk melihat keunikan bangunan di sini.

“Kita akan bincang dengan MPKK untuk kenal pasti jumlah peruntukan diperlukan terutamanya dari segi landskap dan juga cat untuk bangunan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program Kuala Kangsar Car Free Day dan Kejohanan Bola Keranjang 3 on 3, di sini, hari ini.

Dalam perkembangan lain, Nolee Ashilin memaklumkan kerajaan negeri akan bekerjasama dengan pengurus pelancongan dari Jepun dalam mempromosikan produk pelancongan di Perak.

Menurutnya, pihaknya akan memastikan bandar Ipoh dan Kuala Kangsar menjadi destinasi wajib bagi pelancong dari Negara Matahari Terbit itu.

“Kumpulan pertama akan masuk ke Perak pada penghujung Oktober ini. Kita bekerjasama dengan lima pengurus pelancongan dari negara tersebut.

“Kita akan cuba bawa sehingga 1,500 pelancong dalam satu masa dan untuk itu, kita akan merancang satu program khas untuk menyambut mereka.

“Ini adalah usaha untuk meningkatkan kesedaran berkaitan produk-produk pelancongan yang terdapat di bandar ini,” ujarnya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");