Sukan Hari Ini

Selangor mungkin ‘dirombak’ selepas Piala Malaysia

KUALA LUMPUR: Selangor bakal membuat ‘post-mortem’ untuk menilai semula prestasi pemain skuad The Red Giants itu pada saingan Liga Super musim ini selepas gagal menyerlah apabila sekadar menamatkan kempen di tangga kelima.

Situasi ini sekali gus menyaksikan skuad Merah Kuning itu menamatkan kempen Liga Super di luar kelompok tiga pasukan terbaik buat kali pertama sejak 2007 di mana Selangor menduduki tangga keempat pada tahun terbabit di belakang Kedah, Negeri Sembilan dan Johor FC.

Malah, ini juga menyebabkan juara Piala Malaysia itu terus kempunan untuk menjuarai saingan liga sejak kali terakhir merangkul kejuaraan berganda pada 2009 dan 2010 selain perlu berpuas hati selaku naib juara pada 2013, 2014 dan 2015.

Pengurus pasukan, Amirudin Shari mengakui beliau tidak berpuas hati dengan prestasi yang diperagakan anak buahnya musim ini memandangkan mereka sepatutnya muncul selaku pencabar kejuaraan dan bukan setakat menghabiskan liga dalam kelompok lima terbaik sahaja.

“Kita berdepan dengan masalah kecergasan dan kecederaan pada pertengahan musim sekali gus memberi kesan terhadap beberapa keputusan perlawanan apabila kita tewas dan seri pada perlawanan yang sepatutnya kami menang.

“Berkemungkinan ada isu kecergasan memandangkan kita tidak begitu bersedia dengan tempoh perlawanan yang pendek terutama apabila kita perlu menghadapi perjalanan jauh dalam tempoh 23 jam contohnya ke Bacolod di mana pemain terpaksa tidur di lapangan terbang dan sebagainya

. “Jadi, satu sasaran awal kita iaitu menjuarai Liga Super sudah tersasar jauh dan kita akan menyemak balik semuanya selepas tamat musim ini,” katanya ketika dihubungi BH Sukan.

Selangor dilihat mampu menjadi pencabar kejuaraan Liga Super dengan prestasi cemerlang pada awal musim sehingga menghuni takhta liga, namun prestasi mereka merudum ketika saingan memasuki pertengahan liga sekali gus menyaksikan mereka gagal meneruskan rentak cemerlang yang dilakar.

-BH online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");