Perak Hari Ini

Semua Jabatan Di Perak Perlu Ikut SOP

IPOH: Semua jabatan di negeri Perak dinasihatkan untuk mengikut segala prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan dalam penganjuran sesuatu kegiatan atau program.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan berkata, perkara itu perlu dilakukan bagi mengelakkan sebarang tindakan diambil ke atas mereka.

Tambahnya lagi, sekiranya kegiatan yang hendak dilakukan berkenaan diluar kebiasaan, mereka seharusnya merujuk kepada jabatan masing-masing terlebih dahulu.

“Saya berharap agar kegiatan-kegiatan lain melibatkan jabatan perlulah mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh jabatan masin-masing.

“Sekiranya hendak melakukan diluar kebiasaan, rujuklah pada ketua jabatan terlebih dahulu,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berkenaan satu video menunjukkan beberapa orang murid sekolah rendah yang ditakutkan dengan ular ketika menjalani latihan kem bina jati diri yang dipercayai dianjurkan Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) di negeri Perak yang menjadi viral baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Abdul Puhat berkata, tindakan tersebut adalah tidak wajar berikutan pendekatan yang digunakan dalam latihan berkenaan kurang bersesuaian.

“Walaupun nak bina keyakinan diri, kita perlu lihat kumpulan sasaran kita dan dalam kes ini ia melibatkan murid sekolah serta melibatkan murid-murid perempuan dan saya rasa ia kurang sesuai,” katanya.

Ujarnya, beliau turut dimaklumkan bahawa perkara tersebut tidak termasuk dalam prosedur yang ditetapkan oleh pihak APM.

“Jadi mereka (APM) perlu semak balik apabila program tersebut dan jika tidak mengikut prosedur, mungkin akan dikenakan tindakan yang bersesuaian dengan tatatertib jabatan berkenaan.

“Apapun kita bagi ruang kepada jabatan itu untuk semak dan siasat,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");