Berita Hari Ini

Sistem M-Bike dijangka kurang kesesakan

JOHOR BAHRU: Pelaksanaan sistem kawalan imigresen automatik untuk penunggang motosikal (M-Bike) yang mula beroperasi bulan ini dijangka dapat mengurangkan kesesakan laluan motosikal sebanyak 50 peratus di pintu masuk Malaysia-Singapura.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata M-BIKE yang dijangka beroperasi sepenuhnya bulan depan merupakan satu daripada usaha transformasi kerajaan dalam mempertingkatkan perkhidmatan yang lebih baik kepada rakyat.

“Melalui sistem M-BIKE ini, (setakat ini) kita telah dapat mengatasi masalah kesesakan di waktu puncak untuk motosikal sama ada penunggang atau pembonceng dan masa yang dijimatkan terlalu signifikan berbanding sistem konvensional,” katanya kepada pemberita selepas meninjau pelaksanaan sistem itu di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar, di sini hari ini.

“Melalui sistem M-Bike, tempoh pemeriksaan dapat dikurangkan kepada lapan saat berbanding sistem dahulu iaitu antara 12 hingga 15 saat bagi setiap motosikal,” katanya.

Terdahulu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri mendengar taklimat disampaikan pihak Jabatan Imigresen mengenai operasi jabatan itu di Kompleks CIQ Bangunan Sultan Iskandar dan Kompleks CIQ di Bangunan Sultan Abu Bakar di Linkedua serta pelaksanaan sistem M-BIKE di kedua-dua laluan pintu masuk. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");