Sukan Hari Ini

Skuad B22 tewaskan Brunei

Seremban: Skuad bawah 22 tahun negara (B-22) meneruskan rentak kemenangan dengan mengatasi Brunei 1-0 dalam aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi sebentar tadi.

Ia kemenangan kedua skuad kendalian Frank Berhardt itu yang turut dikenali sebagai Skuad Projek Sukan SEA 2017 selepas menewaskan Brunei 2-0 dalam pertemuan pertama juga di venue sama Khamis lalu.

Penyerang Kedah Syafiq Ahmad yang meledak dua gol dalam perlawanan itu sekali lagi mencuri tumpuan dengan menjaringkan gol pertama pada minit ke-11.

Malaysia hampir menambah gol kedua pada minit ke-35 namun Muhd Danial Ashraf Abdullah gagal menolak bola hantaran lintang Mohd Zarulizwan Mazlan di depan gol.

Babak kedua agak hambar dengan kedua-dua pasukan buntu menghasilkan jaringan sekali gus menjadikan kedudukan kekal 1-0 untuk kemenangan skuad muda negara.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");