Isu Panas

Skuad Pemuda MIC dilancar di Tasek Gelugor

TASEK GELUGOR: Berperanan dalam mendekatkan golongan muda dengan aktiviti kebajikan, Skuad Pemuda dilancarkan oleh MIC Bahagian Tasek Gelugor tadi.

Ketua Skuad Pemuda MIC N.Kartigesu berkata ianya merupakan lakaran sejarah yang pertama bagi masyarakat India di kawasan Tasek Gelugor ini dengan penubuhan Skuad Pemuda ini.

“Skuad Pemuda MIC merupakan satu wadah untuk golongan muda masyarakat India melibatkan diri dalam aktiviti kesukarelawan.

“Ada masyarakat muda India, yang berminat aktif dalam membantu masyarakat, namun mereka masih tercari-cari platform yang sesuai, dengan tertubuhnya Skuad Pemuda ini, ianya merupakan wadah yang sesuai untuk mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam majlis pelancaran Skuad Pemuda MIC peringkat parlimen Tasek Gelugor di Dewan Masyarakat Pokok Machang tadi.

Katanya, penubuhan Skuad pemuda ini berperanan sebagai landasan perhubungan kepada pemuda yang berada di luar MIC.

“Bagi mereka yang berminat dengan aktiviti sukarelawan, mereka tidak seharusnya menjadi ahli parti.

“Namun pada masa sama mereka masih boleh bergerak dan berkhidmat secara sukarela kepada masyarakat dengan platform skuad pemuda ini,” katanya.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");