Panasnya Hari Ini

Sudah Terlewat Untuk Mendisiplinkan Pemimpin UMNO

KUALA LUMPUR : Naib Presiden Gerakan Ketua Cawangan UMNO Malaysia (GKCM), Rushdan Mohamed berkata, sudah terlewat untuk ahli UMNO mendisiplinkan pemimpin parti yang dilihat menyimpang daripada perjuangan parti itu.

Ujarnya, sekarang adalah waktunya ahli-ahli UMNO meninggalkan parti tersebut.

“Masa menegur sudah berlalu, sudah terlambat. Sekarang waktu untuk ahli meninggalkan UMNO,”katanya, lapor Free Malaysia Today.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi portal berita berkenaan bagi mengulas kenyataan Tengku Razaleigh Hamzah yang menggesa agar ahli UMNO bertegas mengingatkan pemimpin parti kembali menggerakkan negara mengikut visi pengasas negara.

Rushdan berkata, kritikan yang diberikan sebelum ini oleh pemimpin akar umbi kepada pimpinan tertinggi, terutamanya kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak dibalas dengan tindakan disiplin.

“Jelas UMNO sudah tidak dapat diselamatkan, sebagaran teguran sudah tidak berguna. GKCM menggesa ahli menyertai mereka yang sudah meninggalkan UMNO untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM),”jelasnya.

Rushdan yang kini telah menyertai PPBM turut memaklumkan sebahagian besar ahli GKCM sudah menyertai parti yang diterajui oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Presiden.

Tengku Razaleigh yang juga Ahli Parlimen Gua Musang dilaporkan berkaa, hanya ahli UMNO yang dapat menjamin masa depan parti itu yang kini dilihat menjaga kepentingan pemimpinnya.

Disember tahun lalu, Lembaga Disiplin UMNO telah menggantung keahlian lapan ketua cawangan di Teluk Kemang selama enam tahun kerana menggesa Najib meletak jawatan sebagai presiden.

Rushdan yang pernah mengetuai UMNO Cawangan Rista Villa Perdana turut dipanggil Jawatankuasa Disiplin ekoran tindakannya membakar buku Perlembagaan UMNO pada 26 Jun lalu.

Tindakannya itu adalah sebagai simbolik membantah pemecatan Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan penggantungan Naib Presiden, Datuk Seri Shafie Apdal.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");