Perak Hari Ini

Sukan Rakyat Meriahkan Hari Sukan Negara

PARIT: Hari Sukan Negara yang julung kali dianjurkan pada Ahad lalu serentak di seluruh negara telah diadakan dengan penuh meriah dan semangat kesukanan yang tinggi.

Kesempatan itu juga turut digunakan oleh Zon Lambor Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Daerah Mukim Bota yang turut menganjurkan Pesta Sukan Rakyat.

fb_img_1475991849056

Program yang berlangsung di Padang Sekolah Kebangsaan Lambor Kiri (SKLK) itu telah disertai pelbagai peringkat masyarakat telah dirasmikan oleh Penghulu Mukim Lambor, Encik Yusof Ibrahim.

Menurut Ahli jawatankuasa penyelaras program,Ahmad Suhairi Mohamed Lazim acara sukan rakyat tersebut melibatkan penyertaan terbuka daripada penduduk-penduduk dari lima buah kampung.

fb_img_1475992086544

“Objektif penganjuran sukan rakyat ini adalah untuk memupuk semangat perpaduan antara penduduk kampung disamping mengeratkan silaturrahim selain mengamalkan gaya hidup sihat melalui aktiviti sukan di kalangan penduduk-penduduk setempat,” katanya.

Antara acara sukan yang dipertandingkan seperti kukor kelapa, sepak raga ratus, rebut gula-gula, lari berpasangan, susun bata, bola jaring, bowling kelapa, sambut telur(pasangan suami isteri), mencari duit siling dalam tepung.

fb_img_1475992049197

Turut dipertandingkan acara istimewa iaitu “teka biji labu”.

Program ini turut melibatkan penyertaan dan kerjasama daripada lima kampung iaitu Kampung Lambor Kiri, Kampung Teluk Sena, Kampung Pulau, Kampung Baru dan Kampung Bakong.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");