Panasnya Hari Ini

Sumpah Kerahsiaan Bukan Untuk Lindungi Jenayah Anggota Kabinet

KUALA LUMPUR : Sumpah kerahsiaan dikalangan anggota Kabinet bukan bertujuan untuk melindungi jenayah salah laku mana-mana anggota Kabinet termasuk Perdana Menteri.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, amalan sumpah kerahsiaan di kalangan anggota Kabinet telah menjadi amalan dalam semua kerajaan di dunia bagi memastikan rancangan strategik sesebuah kerajaan tidak dipintas oleh pihak lain.

“Ini bermakna perkara-perkara yang berkaitan dengan unsur rasuah dan penyelewengan pembelian peralatan pertahanan negara serta pelaburan dalam syarikat yang tidak wujud dalam pelaburan sebenar adalah tidak termasuk dalam sumpah kerahsiaan.

“Jemaah Menteri bukannya ‘jemaah penyamun’ yang berpakat untuk melindungi jenayah salah laku antara satu sama lain. Sebaliknya Jemaah Menteri adalah satu jemaah untuk melindungi kepentingan negara dan rakyat,”katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu, bekas Menteri Kewangan Kedua yang juga Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah membangkitkan isu berkaitan 1MDB di dalam perbahasan Bajet 2017 dianggap melanggar sumpah kerahsiaan.

Berikutan itu, Mahfuz berkata, sekiranya tindakan Ahmad Husni itu melanggar sumpah kerahsiaan, ini bermakna Speaker Parlimen Malaysia telah mengakui kebenaran yang dibangkitkan dan didedahkan oleh tiga bekas anggota jemaah menteri tentang jenayah salah laku dalam urusan pentadbiran kerajaan tetapi ianya adalah rahsia.

“Terima kasih Tan Sri Speaker. Rasuah dan rompakan negara adalah rahsia,”katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");