Jenayah

Tayar kereta pencuri lembu terbenam

Kuala Krai : Cubaan tiga lelaki mencuri tiga lembu gagal apabila kegiatan mereka disedari pihak berkuasa di Kampung Bukit Sireh, hari ini.

Dalam kejadian 5.30 pagi itu, suspek bagaimanapun melarikan diri selepas kegiatan mereka disedari anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) yang kebetulan berada di lokasi kejadian.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Deputi Superintendan Zulkarnain Ismail Al Haj berkata, sebelum itu, suspek menembak ubat pelali untuk melemahkan lembu dan menggunakan kereta untuk mengangkut lembu terbabit namun tayar kereta terbenam ke dalam pasir.

“Mereka kemudian cuba mendapatkan bantuan daripada pemandu lori ais di kedai serbaneka untuk menarik kenderaan mereka namun ditolak.

“Pemandu itu kemudian memaklumkan kepada anggota RELA Mohd Rasid Ahmad yang kebetulan berada di kawasan terbabit sebelum menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Krai untuk tindakan lanjut.

“Polis tiba di lokasi kejadian tidak lama kemudian sebelum suspek melarikan diri dengan motosikal,” katanya.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");