Isu Panas

Teguran demi imej Parlimen

SHAH ALAM – Teguran Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia terhadap beberapa bekas menteri yang juga ahli parlimen adalah demi memartabatkan sistem Parlimen negara ini mendapat penghormatan di peringkat dunia.

Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim berkata, dalam konteks sebuah kerajaan dan sistem integrasi, soal integriti adalah perkara yang harus ditekankan.

“Apa yang dinyatakan oleh beliau (Pandikar Amin) adalah usaha membuktikan bahawa Parlimen di negara ini dijadikan contoh di peringkat dunia dan sebab itu beliau tidak teragak-agak mengeluarkan kenyataan tersebut.

“Saya melihat beliau sebagai seorang yang berpengalaman, yang mana sangat mementingkan soal integriti dan kualiti sistem demokrasi yang ada di negara kita.

“Sudah tentu apa yang diharapkan segala bentuk perbahasan tidak akan menggugat sistem pentadbiran negara kerana masyarakat dunia juga meneliti perkara-perkara yang dibahaskan,” katanya, semalam.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");