Panasnya Hari Ini

‘Tiba Masanya Rakyat Tentukan Kehidupan Hari Ini Dan Akan Datang’ – Muhyiddin

KUALA LUMPUR : Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sudah tiba masanya rakyat membuat pilihan yang bakal menentukan kehidupan rakyat pada hari ini dan generasi akan datang.

Ujarnya, Malaysia memerlukan keberanian dan tekad rakyat untuk melakukan penghijrahan minda dan sikap untuk memilih kepimpinan yang lebih baik.

“Usah kita dibelenggu oleh suatu kepercayaan bahawa mentaati pemimpin adalah lebih afdal, sekalipun dia melakukan kemungkaran. Itu bukanlah ajaran Islam yang sebenar.

“Islam menuntut kita agar sentiasa menyeru ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran. Islam juga menuntut seorang pemimpin agar sentiasa jujur, amanah dan menjauhi perkara-perkara yang mungkar dalam melaksanakan tanggungjawab kepimpinan,”katanya menerusi perutusan sempena sambutan Maal Hijrah 1438H yang dimuatnaik di laman Facebook miliknya.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu berkata, rakyat perlu buang rasa takut yang membelenggu dan menghalang daripada berhijrah ke arah kebaikan dan yakin dengan janji Allah bahawa kejayaan adalah milik orang yang bersatu di bawah panji kebenaran.

“Sempena sambutan Maal Hijrah tahun ini, saya ingin mengajak agar kita semua mengumpul segala kekuatan dan keberanian jiwa untuk ‘berhijrah’ ke arah sesuatu yang lebih baik dalam kehidupan peribadi, keluarga dan masyarakat.

“Saya pasti rakyat Malaysia begitu terkesan dengan perkembangan yang sedang berlaku di dalam negara kita sekarang. Bukan sahaja dari segi ekonomi, tetapi juga dari aspek kepimpinan negara yang dilihat semakin terhakis nilai-nilai ketaqwaan dalam memikul tanggungjawab kepimpinan,”ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");