Panasnya Hari Ini

Tidak Yakin PAS Setuju 1-lawan-1 Lawan BN- Amanah

KUALA LUMPUR:Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad menegaskan bahawa hasrat pembangkang meletakkan calon menentang Barisan Nasional (BN) dalam pertandingan satu lawan satu pada pilihan raya akan datang tidak akan menjadi kenyataan selagi PAS tidak melihat BN sebagai musuh utama.

Memetik sumber Freemalaysiatoday, ujarnya,PAS tidak mementingkan lagi soal satu lawan satu lagi kerana ia tidak ada masalah sekiranya BN terus membentuk kerajaan.

“Walaupun Amanah tiada halangan untuk terus berbincang dengan PAS tetapi kita lihat PAS tiada hal jika BN terus memerintah,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang menyifatkan cadangan satu lawan satu pembangkang hanya omong kosong.

Terdahulu, Liow berkata pembangkang tidak akan mencapai kata sepakat kerana mereka bercanggah pendapat dan kepentingan sesama sendiri.

Khalid turut meminta agar MCA tampil mendedahkan kepada umum sekiranya mereka mendapat jaminan daripada PAS akan wujudnya 3 penjuru dalam PRU akan datang.

“Kalau MCA sudah dapat jaminan daripada PAS, harap dedahkan. Iaitu jaminan bahawa PAS akan bertanding 3 penjuru,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung Amanah, Anuar Tahir menjelaskan bahawa sikap PAS yang dilihat sombong dan angkuh dalam menjalinkan perbincangan satu lawan satu antara faktor yang menyukarkan persefahaman dalam pembangkang.

“Walaupun berkali-kali menafikan tidak akan bekerjasama dengan Umno tetapi kecenderungan mereka masa ini sudah gambarkan mereka pro-Umno.

“Amat mengejutkan, mereka ambil pendekatan sedemikian. Walaupun Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) turut mengajak (berbincang), namun mereka masih tolak. Ini seperti memberi pertolongan cemas kepada Umno yang sedang nazak,” katanya.

“Mereka akan pergi kepada Umno,” katanya.

Terdahulu, Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin mendedahkan beliau sudah menemui Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi mendapatkan sokongan parti itu dalam memastikan pertandingan satu lawan satu menentang BN pada pilihan raya ke-14 yang perlu diadakan pada 2018.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");