Berita Hari Ini

Tiga senator angkat sumpah untuk penggal kedua

KUALA LUMPUR: Ketua UMNO Bahagian Batu, Datuk Yahaya Mat Ghani adalah antara tiga yang mengangkat sumpah jawatan sebagai Senator di Dewan Negara di sini, hari ini.

Dua lagi ialah Setiausaha Agung Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA), Datuk Megat Zulkarnain Omardin dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Khairudin ES Abd Samad.

Upacara angkat sumpah disempurnakan di depan Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk S A Vigneswaran.

Semua dilantik buat kali kedua untuk tempoh tiga tahun berkuat kuasa hari ini selepas kali pertama pada 7 Oktober 2013.

-BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");