Perak Hari Ini

Tingkat Hasil Sawit Guna Teknologi Baru, Pertanian Moden

IPOH:Penggunaan teknologi baharu dan aplikasi pertanian moden serta amalan mampan dalam penanaman sawit oleh pekebun kecil dijangka berupaya memberi impak kepada peningkatan hasil sawit dan pendapatan tinggi.

Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Datuk Wira Ahmad Hamzah berkata Malaysia berkata MPOB telah membangunkan beberapa teknologi seperti jentera pengangkutan buah sawit di samping membangunkan teknik kawalan perosak bersepadu bagi meningkatkan produktiviti dan pendapatan.perak-today-4

“Malaysia adalah antara negara pengeluar dan pengeksport utama minyak sawit dunia iaitu pada tahun 2015 pengeluaran minyak sawit mentah mencatatkan sebanyak 19.96 juta tan dan jumlah eskport sebanyak 25.3 juta tan.

“Jumlah berkenaan telah menjana pendapatan eksport sebanyak RM63.2 bilion bagi tahun 2015,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membaca teks ucapan Menteri Perusahaan dan Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Mah Siew Keong pada majlis perasmian persidangan persidangan Pekebun Kecil Sawit Kebangsaan 2016 di Hotel Kinta Riverfront di sini hari ini.

perak-today-5

Ujarnya lagi, dalam konteks pembangunan sektor pekebun kecil antara fokus penting adalah penyertaan pekebun kecil dalam gerakan koperasi.

“Kerajaan telah mengambil insiatif menubuhkan koperasi penanaman Sawit Mampan bagi menyatukan pekebun kecil untu menjalankan aktiviti ekonomi dan kebajikan berasakan perusahaan sawit.

“Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM1.12 juta iaitu RM40,000 dibawah Rancangan Malaysia kesepuluh (RMK-10) untuk penubuhan sebuah Koperasi Penanaman Sawit Mampan di seluruh negara,” katanya.

Tambahnya lagi pelbagai usaha dilaksanakan secara berterusan bagi meningkatkan permintaan dan kegunaan minyak sawit.

perak-today-2

“Penglibatan pihak industri dan usahawan kecil dan sederhana (IKS) dalam pengeluaran produk berasaskan sawit akan meningkatkan penggunaan minyak sawit dan menjana pendapatan industri.

Terdahulu sekitar 600 peserta menyertai persidangan tersebut yang memberi peluang kepada pekebun kecil, pengusaha ladang dan agensi kerajaan yang terlibat dengan sektor pekebun kecil mendapatkan maklumat terkini mengenai pengurusan hasil sawit.

perak-today-1

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");