Berita Hari Ini

Tingkatkan penglibatan sektor swasta penuhi keperluan pelajar – Kamalanathan

HULU SELANGOR: Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P. Kamalanathan menyeru agar lebih banyak syarikat-syarikat korporat tampil menghulurkan bantuan bagi memenuhi keperluan pelajar-pelajar sekolah.

Katanya sokongan dan bantuan daripada sektor korporat amat penting dalam membantu kerajaan menambah baik sektor pendidikan selain membantu memastikan para pelajar mendapat pendidikan terbaik di sekolah-sekolah.

“Kerajaan tetap akan memberi perhatian yang sepenuhnya kepada keperluan sekolah dan para pelajar tetapi dengan sokongan dan bantuan daripada individu dan syarikat-syarikat, kerajaan dapat menumpukan perhatian terhadap aspek-aspek pendidikan yang lain.

“Dan sekiranya ada pejabat pendidikan daerah (PPD) yang proaktif, saya pasti lebih banyak syarikat yang akan tampil menghulurkan bantuan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pemberian
Sumbangan Dermasiswa Holstein Milk Company Sdn Bhd di sini, pada Ahad.

Seratus orang murid sekolah rendah di daerah Hulu Selangor menerima dermasiswa sebanyak RM200 seorang melalui kerjasama antara syarikat Holstein Milk dengan PPD Hulu Selangor dan Pejabat Parlimen Hulu Selangor.
Menurut Pengarah Urusan Holstein Milk Company Azmi Zainal, program dermasiswa itu akan diteruskan ke satu daerah yang akan dipilih di beberapa buah negeri termasuk Kedah, Pahang, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Johor. – BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");