Isu Panas

Umno akan gagal tanpa disiplin dalam al-Quran

MARANG – Umno akan menjadi sebuah parti politik yang berdepan dengan kegagalan jika ahli-ahlinya tidak menerapkan disiplin diri serta nilai-nilai moral tinggi sebagaimana yang dituntut dalam al-Quran.

Pengerusi Umno Terengganu, Ahmad Razif Abd Rahman berkata, antara aspek terpenting terkandung dalam al-Quran adalah perpaduan yang menjadi tunjang kepada kekuatan ummah.

Beliau yang juga menteri besar berkata, jika tiada semangat perpaduan tinggi dalam kalangan ahli-ahli Umno, parti itu sudah pasti akan kehilangan kekuatan yang akhirnya membawa kepada kekalahan dalam perjuangan.

“Al-Quran banyak tekankan soal perpaduan kerana ia merupakan tunjang kekuatan ummah. Jika perpaduan kalangan kita lemah, sudah pasti kita akan kehilangan kekuatan dan akhirnya kita akan kalah,” katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta ahli-ahli Umno khususnya di negeri Terengganu supaya sentiasa berpegang teguh kepada petunjuk al-Quran dalam perjuangan.

“Itulah benteng paling teguh, selagi kita berpegang kepadanya (al-Quran), kita tidak akan sesat. Sebaliknya kita akan sentiasa kukuh dan harmoni.

“Perjuangan dalam politik amatlah berat dan penuh dengan dugaan serta cabaran. Oleh itu kita perlu jaga imej dan pertahankan nilai-nilai moral dalam parti,” katanya.

Sebelum itu, Ahmad Razif merasmikan Majlis Tilawatul Al-Quran dan Marhaban Peringkat Negeri Terengganu anjuran Wanita Umno Negeri Terengganu, di Dewan Utama Majlis Daerah Marang, di sini, hari ini.

Hadir sama isterinya, Halina Zakaria, Ketua Wanita Umno negeri, Datuk Fatimah Hamat, Ketua Umno Bahagian Marang, A Latiff Awang serta Ketua Wanita Umno Bahagian Marang, Toh Puan Zaitun Mat Amin.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");