shadow

IPOH: Usahawan di negara ini perlu meningkatkan kualiti dan keselamatan sesuatu produk makanan untuk dieksport ke luar negara.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, nilai eksport bagi produk Industri Asas Tani (IAT) mencatat jumlah sebanyak RM200 juta bagi tempoh 2015 hingga Ogos 2016.

“Pasaran dalam negara juga amat baik sehingga tak cukup bekalan untuk penuhi permintaan pasaraya-pasaraya yang telah menerima produk kita,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Penutup Seminar Industri Asas Tani Negeri Perak di Casuarina @Meru di sini, hari ini.

3-1

Hadir sama, Setiausaha Bahagian Industri Asas Tani, Norison Ramli.

Seramai 200 usahawan IKS dari seluruh negeri Perak telah menyertai seminar tersebut yang memberikan kesedaran kepada usahawan sedia ada tentang potensi pasaran dalam negara dan pasaran eksport.

Tajuddin berkata, usahawan-usahawan ini perlu bersaing dengan beberapa negara lain termasuklah Thailand, Indonesia dan Vietnam untuk mendapatkan pasaran eksport ke luar negara.

Ujarnya, usahawan perlu memikirkan cara untuk meningkatkan tahap kualiti terutamanya daripada segi jangka hayat sesuatu produk.

2-2

“Kualiti makanan dan keselamatan produk usahawan sudah terjamin cuma kita perlu ditingkatkan lagi dari segi jangka hayat produk supaya boleh tahan lebih lama terutamanya bagi barangan seperti makanan sejuk beku, kuih serta makanan yang diproses.

“Produk seperti ini walaupun sudah diproses, ia perlu jangka hayat yang lama kalau kita nak pasarkan produk ini supaya ia tidak rosak. kalau rosak cepat, rugilah pengusaha,” ujarnya.

Justeru, beliau berkata, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) mempunyai teknologi untuk menyelesaikan isu berkenaan.

“Mereka ada mesin-mesin dan tenaga pengajar yang boleh memberikan kursus kepada usahawan-usahawan produk makanan ini kalau mereka mahu belajar,” katanya lagi,” katanya lagi.

Komen & Pendapat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *