Perak Hari Ini

Velodrom: Bakal Siap Ikut Perancangan

IPOH:Proses membaik pulih Velodrom Rakyat di sini sedang dilaksanakan mengikut perancangan yang ditetapkan,kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berhubung proses membaik pulih kemudahan sukan tersebut.

“Velodrom masih dalam proses pembinaan iaitu sekitar 5 peratus setakat ini dan proses membaik pulih bermula pada 22 Ogos 2016 dan dijangka siap pada 21 Jun 2017,” katanya dalam satu sidang media sejurus selepas menyampaikan ucapan pada Persidangan Dunia Ke-3 mengenai Pemikiran dan Tamadun Islam (WCIT) 2016 di Ipoh hari ini.

Tambah Khairy lagi, pembinaan tersebut akan mengambil kira kesemua elemen penting tanpa mengubah struktur velodrom asal.

“Kita telah mengambil kira mengenai bahan pembinaan lantai dengan peruntukan yang disediakan untuk memastikan proses penyelenggaraannya juga sempurna kelak,” katanya lagi.

Katanya lagi, stuktur velodrom akan dikekalkan namun permukaan yang bersesuaian dan proses teknikal perlu diberi penekanan.

Terdahulu, projek membaik pulih kemudahan sukan itu telah mendapat peruntukan RM7 juta daripada Kementerian Belia dan Sukan, antara lain membabitkan penggantian trek kayu rosak.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");