Perak Hari Ini

Video Campak Ular: Belia Negeri Perak Gesa Siasatan, Tindakan Tegas

IPOH:Kepimpinan Belia Negeri Perak, menggesa agar pihak bertanggungjawab menyiasat dan mengenakan tindakan tegas berhubung video mencampak ular ke dalam kolam yang dimasuki murid-murid yang menjadi video viral baru-baru.

Timbalan Presiden Majlis Belia Negeri Perak, Aswannudin Hariffudin berkata tindakan ini bukanlah untuk mendidik pelajar-pelajar sekolah ini, tetapi lebih bertindak menganiaya pelajar-pelajar berkenaan.

“Setelah melihat klip video berdurasi 2 minit 40 saat ini. Saya terpanggil untuk menyatakan pandangan saya selaku
Tidak logik latihan sebegini dilakukan kepada budak-budak sekolah rendah ini,” katanya.

Tambahnya lagi, sekiranya perkara tersebut berlaku keatas anaknya sendiri sudah pasti beliau akan menjadi bapa pertama yang akan melaporkan kepada pihak polis.

“Ketakutan pelajar-Pelajar perempuan ini disambut herdikan dan hilai tawa oleh para trainer berbaju biru ini.

“Kita amat berharap agar satu bentuk siasatan dan tindakan tegas perlu diambil oleh pihak jabatan khususnya pentadbiran Kerajaan Negeri memandangkan ianya berlaku di Negeri Perak,” katanya menerusi satu kenyataan media hari ini.

Beliau turut berharap agar kejadian sadis seperti itu tidak akan berlaku lagi selepas ini.

Terdahulu menerusi video tersebut mengundang amarah netizen kerana ada yang mencampak ular ke dalam kolam dimasuki murid menyebabkan mereka ketakutan dan difahamkan kejadian berlaku di Kuala Kangsar.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");