Jenayah

Wanita ‘Datuk Seri’ dah kena tahan

Kuala Lumpur: Polis sudah menahan wanita berusia 36 tahun kononnya bergelar ‘Datuk Seri’ serta seorang lelaki berusia 34 tahun yang juga pengarah syarikat konsultasi yang dipercayai menjalankan penipuan pinjaman kewangan untuk siasatan lanjut, sejak Jumaat lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Izany Abdul Ghany berkata kedua-dua suspek melakukan kegiatan itu dengan menyasar ahli perniagaan yang menghadapi masalah kewangan bagi meyakinkan mangsa membuat pinjaman dengan mereka.

“Siasatan mendapati gelaran Datuk Seri yang diguna wanita ini adalah palsu,” katanya di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Kuala Lumpur di sini, semalam.

Izany berkata, semakan awal mendapati suspek yang diytahan Jumaat lalu, juga terbabit dengan dua kes penipuan yang dilaporkan di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields dan IPD Sepang dengan nilai kerugian kira-kira RM200,000.

“Dalam kes terbaru, seorang lelaki mendakwa ditipu wanita itu bagi mendapatkan pinjaman RM2 juta untuk membesarkan perniagaan percetakan.

“Pengadu yang berurusan dengan wanita itu sejak Disember tahun lalu, bersetuju mendapatkan pinjaman itu dan menyerahkan RM5,000 sebagai wang proses bersama borang permohonan kepada suspek.

“Baki RM80,000 turut diserahkan kepada wanita itu secara berperingkat, namun dia menyedari dirinya ditipu setelah empat bulan, wang pinjaman yang dijanjikan masih tidak diperolehi,” katanya.

Menurutnya, suspek memulangkan semula RM40,000 selepas didesak mangsa namun mangsa mendakwa bakinya masih tidak diperolehi sehingga sekarang.

“Hasil siasatan mendapati akaun bank yang digunakan untuk mangsa memasukkan wang bayaran atas nama suspek lelaki berusia 34 tahun itu. Dia ditahan semalam, selepas memberi keterangan di IPD Dang Wangi.

“Suspek adalah pengarah sebuah syarikat yang kononnya memberi pinjaman kepada peniaga.

“Namun hasil semakan mendapati ia adalah syarikat perunding, bukannya syarikat pinjaman wang dan tidak berupaya memberi pinjaman dalam jumlah sebanyak itu,” katanya.

Wanita yang menggunakan gelaran Datuk Seri itu dipercayai ejen memperdaya mangsa untuk memohon pinjaman, termasuk mencari mangsa melalui media sosial, seperti Facebook.

Menurut Izany, polis juga sedang mengenalpasti beberapa lagi individu dipercayai terbabit dengan kegiatan penipuan sindiket itu yang bergerak aktif sejak tahun lalu.

Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang setahun dan tidak lebih 10 tahun, dengan sebat serta denda jika sabit kesalahan.

Beliau meminta kerjasama orang ramai yang pernah menjadi mangsa penipuan oleh suspek, tampil membuat laporan polis di balai polis berhampiran.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");