Sukan Hari Ini

Zulfadli raih kejuaraan kedua

PEMAIN profesional negara, Zulfadli Zulkifli melakar kejayaan terbaharu apabila meraih kejuaraan Terbuka Rusia yang berlangsung di Vladivostok, Rusia, semalam.

Kejayaan tersebut merupakan gelaran kedua pada kejohanan berstatus Grand Prix selepas pemain berusia 23 tahun itu memenangi Terbuka Brazil, awal bulan lalu.

Pada aksi final, bekas juara remaja dunia itu tidak diberikan laluan mudah sebelum bergelar juara apabila terpaksa bertarung selama lebih satu jam untuk menundukkan pemain India, Siril Verma.

Zulfadli yang tewas di set pertama 16-21, bangkit memenangi set kedua dengan 21-19 untuk mengheret perlawanan ke set penentuan sebelum menang set ketiga 21-10.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");