Perak Hari Ini

24,000kg Minyak Masak Disita

IPOH : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Perak berjaya menyita minyak masak seberat 24,000 kilogram (kg) yang dianggarkan bernilai RM60,000 dalam satu serbuan yang dilakukan di sini, hari ini.

Serbuan yang dilakukan ke atas kilang pembungkusan minyak masak itu dilakukan oleh enam anggota sekitar jam 11 pagi di Jalan Lahat, Menglembu.

Ketua Seksyen Bekalan, Harga dan Antipencatutan, Ahmad Ahrazzuddin Ahmad Hamdan berkata, syarikat pembungkusan itu telah melanggar kuota yang telah ditetapkan untuk syarikat tersebut.

5

“Syarikat ini didapati telah melanggar syarat kerana mempunyai sebanyak 24,000kg minyak masak yang tidak sepatutnya berada di premis berkenaan.

“Ini kerana, lesen yang dikeluarkan pada syarikat ini adalah sebanyak 9,300kg sahaja,”katanya ketika ditemui.

Ujarnya lagi, pihaknya telah menahan pemilik syarikat berusia 55 tahun dan pengurus berusia 51 tahun untuk diambil keterangan.

Mengulas lanjut, syarikat tersebut telah melanggar kesalahan Peraturan 9 (1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 iaitu melebihi had yang telah ditetapkan.

1

Tambahnya, syarikat itu merupakan salah satu daripada syarikat yang telah lama beroperasi di ibu negeri ini dan minyak masak yang dibungkus adalah untuk pasaran tempatan.

“Siasatan awal mendapati, alasan mereka ialah untuk mengelakkan kekurangan berlaku di syarikat ini.

“Hasil siasatan juga mendapati, mereka telah melakukan kesalahan tersebut sejak bulan Februari lalu,”katanya.

Dalam pada itu, ujar beliau, bagi tahun ini, sebanyak 28 kes berkaitan minyak masak telah dilakukan dengan nilai sitaan 54,537kg dengan nilai rampasan RM156,364 di negeri Perak.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");