Perak Hari Ini

291 Pesara Kakitangan Awam Perak Dirai

IPOH: Seramai 291 pesara kakitangan awam Perak bagi tempoh Januari sehingga Jun 2016 telah diraikan dalam satu Majlis Jasamu Dikenang di Casuarina@Meru di sini, hari ini.

Para pesara tersebut terdiri daripada 161 orang pesara dari Jabatan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan (92 orang) dan Jabatan Berkanun (38 orang).

perak-today-5

Majlis telah dihadiri oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan isteri, Datin Seri Saripah Zulkifli.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan, Penasihat Undang-undang Negeri, Datuk Rohaya Abdul Malik dan Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Mohd Gazali Jalal.perak-today-4

Turut diraikan dalam Majlis Jasamu Dikenang sesi dua tahun 2016 ialah ketua-ketua jabatan negeri dan persekutuan yang telah ditukarkan ke luar negeri Perak.

Zambry dalam ucapannya berharap agar kesemua pesara dapat terus memberikan sumbangan meskipun tidak lagi bekerja dengan kerajaan negeri.

“Terima kasih kepada semua kerana telah melaksanakan tugas yang baik semasa berkhidmat bersama kerajaan negeri.

“Teruskan usaha, jangan berhenti bekerja walaupun bukan untuk mendapat imbalan dan terus memberi sumbangan yang terbaik,” katanya.

perak-today-3

Terdahulu, pada majlis tersebut, seramai 258 orang pesara yang layak telah menerima insentif Kerajaan negeri Perak sebanyak RM3,000 setiap seorang dan menjadikan jumlah keseluruhannya RM774,000.

Daripada jumlah tersebut, seramai 224 orang penerima Bumiputera akan mendapat insentif berbentuk Sijil Amanah Saham Bumiputera (ASB), manakala 34 orang bukan Bumiputera akan menerima dalam bentuk Sijil Simpanan Premium (SSP).

perak-today-6

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");