Jenayah

3.2 kg heroin dalam lori

Alor Setar: Polis menahan seorang lelaki berusia 30 tahun di rumahnya Kampung Baru Thye Seng, Kuala Ketil, Sungai Petani, dan merampas dadah jenis heroin seberat 3.2 kilogram (kg) bernilai RM75,000, tengah malam tadi.

Ketua Polis Kedah Datuk Asri Yusoff berkata, pihaknya yang menerima maklumat berhubung kegiatan suspek, menyerbu rumah itu pada 12.15 malam dan pemeriksaan menemui dua beg plastik hitam mengandungi bungkusan plastik lut sinar berisi dadah disyaki heroin yang disembunyikan di belakang tempat duduk lori yang diletak di depan rumah.

Menurutnya, dadah seberat 3.2 kg bernilai RM75,000 itu diperoleh daripada pembekal dari Pulau Pinang.’

“Kita percaya suspek yang juga pemandu lori, baru terbabit dalam kegiatan ini berdasarkan tiada rekod jenayah lampau.

“Siasatan mendapati dadah itu untuk dijual di sekitar daerah ini dan ujian air kencing suspek negatif,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, di sini, hari ini.

Menurutnya, suspek direman tujuh hari bermula hari ini hingga 4 Disember bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");