Jenayah

3 individu ditahan kerana dadah

Bukit Mertajam: Tiga individu termasuk seorang wanita berusia 22 hingga 33 tahun ditahan polis kerana memiliki heroin seberat 195.17 gram (g), syabu 83.07 g dan lima pil eramin 5, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, dalam kejadian jam 11 malam, polis menyerbu sebuah rumah di Permatang Janggus, Permatang Pauh, di sini.

Katanya, sebaik tiba di rumah berkenaan, polis mendapati pintu berkunci namun ada penghuni di dalam kediaman terbabit.

“Polis terpaksa memecahkan pintu rumah selepas suspek enggan membuka pintu walaupun diarah berbuat demikian.

“Ketika diperiksa, salah seorang daripada tiga suspek cuba melarikan diri namun berjaya ditahan polis.

“Selepas diperiksa, polis menjumpai dadah heroin seberat 10.13 g dan lima biji pil eramin 5 seberat 1.40 g di atas meja bulat di ruang tamu rumah,” katanya.

Beliau berkata, pemeriksaan lanjut di dalam kereta suspek yang diletakkan di hadapan rumah menemui beg berisi heroin seberat 185.4 g dan syabu anggaran berat 83.07 g di atas tempat duduk belakang Proton Satria itu.

Katanya, semua suspek dibawa ke Balai Polis Seberang Jaya, di sini, untuk siasatan lanjut.

Nik Ros Azhan berkata, polis juga merampas wang tunai berjumlah RM3,250 daripada suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");