Jenayah

4 kru hilang kapal bawa batu kelikir karam

DARO: Empat anak kapal hilang manakala dua lagi selamat apabila kapal membawa muatan batu kelikir karam berhampiran Kampung Petanak, Pulau Bruit, di sini, pagi ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 8.33 pagi tadi.

“Gerakan mencari dan menyelamat dengan bantuan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sudah digerakkan di lokasi,” katanya.

-BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");