Jenayah

42 drebar lori warga asing tiada lesen

Shah Alam: Sengaja membahayakan nyawa pengguna jalan raya lain. Itu tindakan 42 warga asing yang didapati memandu kenderaan berat tanpa lesen sah di seluruh Selangor.

Perbuatan tidak bertanggungjawab itu dikesan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri yang melaksanakan operasi khas menyeluruh menerusi Op Gandar 2.0 dalam tempoh sebulan bermula 4 Oktober lalu.

Pemeriksaan membabitkan 845 pemandu lori dan treler yang ditahan selepas didapati tiada lesen me mandu kenderaan berat.

Pengarah JPJ negeri, Nazli Md Taib berkata, pemerhatian pihaknya mendapati angka itu mencatatkan peningkatan berbanding operasi pertama, sekali gus menimbulkan kebimbangan keselamatan pengguna jalan raya lain.

“Pada Op Gandar I April lalu, kami menahan 26 warga asing yang tiada lesen memandu, namun jumlah itu meningkat hingga 42 orang. Ia membabitkan 22 warga Indonesia, 14 warga India dan enam warga Pakistan.

“Keadaan ini menunjukkan mereka sewenang-wenangnya memandu di jalan raya tanpa lesen. Kami (JPJ) tidak berkompromi dan turut mengambil tindakan ke atas pemilik kenderaan dipandu warga asing itu,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.

Menurutnya, objektif operasi dengan kerjasama polis itu turut memfokuskan kepada kenderaan berat membawa lebih muatan atau secara berbahaya selain membanteras tonto yang melindungi kegiatan berkenaan.

“Dalam tempoh itu, kami memeriksa 7,037 kenderaan terutama di sekitar Sepang dan 4,304 daripadanya dikenakan tindakan lanjut.

“JPJ mengesan 7,726 kesalahan termasuk tidak mempunyai cukai jalan dan kesalahan lalu lintas lain. Tindakan dibuat mengikut Seksyen 63 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan kaedah-kaedah lain mengikut akta sama,” katanya.

Nazli berkata, alasan popular diberikan pesalah antaranya tidak mempunyai wang mencukupi dan tiada masa untuk membuat lesen memandu.

“Alasan seumpama itu tidak boleh diterima kerana perbuatan mereka memandu tanpa lesen membawa muatan berat seperti bahan binaan bukan saja membahayakan diri sendiri, malah nyawa orang lain,” katanya.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");