Berita Hari Ini

527 projek Persekutuan di Sarawak lulus

KUCHING – Persidangan Dun Sarawak diberitahu sejumlah 527 projek yaang dibiayai kerajaan persekutuan dilulus untuk dilaksana di Sarawak bagi tempoh rancangan boleh pinda pertama (FRP) di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11).

Menteri Kewangan Kedua Sarawak, Datuk Seri Wong Soon Kai berkata sehingga 31 Oktober lalu, 48 projek atau 9.1 peratus daripada projek telah siap sementara 479 projek atau 90.9 peratus di peringkat pelaksanaan.

Beliau berkata perbelanjaan terkumpul bagi projek kerajaan persekutuan ialah RM2.108 bilion atau 50.9 peratus daripada keseluruhan RM4.144 bilion yang diluluskan pada FRP.

Mengenai projek pembiayaan kerajaan negeri di bawah RMK-11, beliau berkata ia berjumlah 909 program dan projek bernilai RM20.0 bilion yang daripada 909 projek itu, 441 sedang dilaksana.

“Sehingga kini daripada 441 projek iu, 67 daripadanya telah siap sementara baki 374 projek masih dilaksanakan,” katanya semasa menggulung perbahasan beliau.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");