Sukan Hari Ini

Aboy Jr tebus kegagalan sirkit lalu

Manjung: “Ini hari paling ceria buat saya.” Demikian kata pengendali Aboy Jr Mohamad Ali Mohd Noor selepas anak buahnya muncul juara kategori B-12 tahun apabila menewaskan Cakcibo FT 2-1 pada final Karnival Futsal Milo Hidup Bola 2016 (KFMHB) yang berlangsung di Manjung Indoor Sports Arena (MISA) Perak, baru-baru ini.

“Alhamdulillah, kami berjaya menebus kegagalan empat sirkit utara iaitu Kedah, Perlis, Perak dan Pulau Pinang. Ia berkat usaha semua terbabit termasuk guru sekolah dan ibu bapa pemain,” kata Ali.

Sebelum itu, pada saingan separuh akhir Cakcibo FT menewaskan Atlas 1-0 manakala Aboy Jr mengalahkan Pulau Lima 1-0.

Hasil kejayaan itu, Aboy Jr menerima RM800, pingat dan barangan Milo-Figos manakala Cakcibo FT membawa pulang RM600, pingat dan barangan Milo-Figos. Atlas dan Pulau Lima yang tewas di separuh akhir menerima RM400.

Juara kategori bawah 16 tahun milik Bukit Chedang dari Negeri Sembilan selepas menang tipis 2-1 ke atas Charo B. Gol Bukit Chedang dihasilkan Muhammad Nor Ashraf Razali dan Muhammad Amierul Affiq Noor Felomina.

Pada separuh akhir, Bukit Chedang muncul pasukan pertama ke final selepas menewaskan IBA Arena Jr 3-2 manakala Charo B menang tipis 1-0 ke atas Primier B.

Bukit Chedang dikendalikan dua jurulatih iaitu Jamaluddin Mat dan Muhammad Afif Anuar. Pasukan itu memperaga aksi konsisten sepanjang kejohanan sejak di peringkat kumpulan hingga ke saingan kalah mati.

Jamaluddin berkata: “Ini semua rezeki. Semua pemain saya memberikan kerjasama sepenuhnya dan memainkan peranan masing masing. Disiplin tinggi juga menjadi faktor membuatkan pasukan kami berjaya di sini.”

Aboy Jr, Cakcibo FT, Bukit Chedang dan Charo B akan mewakili Perak ke saingan Grand Final yang bakal berlangsung di Subang Sports Planet, 27 November ini.

Hadiah disampaikan Pengurus Acara dan Sampling Nestle Kawasan Utara Mohd Ismail Osman sambil diiringi Penolong Pengurus Pemasaran Sukan Nestle Kerwin Lim.

Saingan peringkat Kuala Lumpur akan berlangsung di Subang Sports Planet 12 November. Maklumat lanjut sila layari www.milo.com.my.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");