Panasnya Hari Ini

“Ada Perbezaan Saya Dengan Dr Mahathir’

KUALA LUMPUR : Mempunyai hubungan secara langsung dengan kepimpinan UMNO bahagian adalah satu perbezaan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan bekas Presiden UMNO, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Najib yang juga Presiden UMNO berkata, Dr Mahathir bergerak secara asasnya menerusi menteri-menteri besar dan ketua menteri.

“Itulah yang membezakan saya dengan Tun Dr Mahathir. Beliau (Dr Mahathir) bergerak secara basisnya menerusi menteri-menteri besar dan ketua menteri yang merupakan ketua-ketua badan perhubungan UMNO yang kemudiannya mempunyai pengaruh ke atas ketua-ketua bahagian.

“Sebaik sahaja seorang menteri tidak lagi berkuasa, beliau (Dr Mahathir) tidak mempunyai hubungan dengan ketua-ketua bahagian ini lagi, malah beliau tidak mengenali sebahagian besar daripada kepimpinan bahagian.

“Anda akan terkejut jika saya, katakan nama-nama ketua bahagian pun beliau tidak tahu,”katanya, lapor mstar.

Beliau berkata demikian dalam satu temuramah khas dengan Kumpulan Media Star di Seri Perdana.

Mengulas mengenai langkah yang diambil olehnya untuk berhadapan dengan cabaran dan tekanan daripada pemimpin veteran, Najib berkata, beliau adalah sebahagian daripada kepimpinan UMNO di peringkat bahagian.

“Saya membesar di dalam politik bersama-sama mereka sejak 40 tahun yang lalu. Saya adalah sebahagian daripada mereka dan mereka melihat saya bukan sahaja sebagai ketua, tetapi sebagai sahabat dalam politik,”katanya.

Najib turut berkata, beliau tidak bergantung semata-mata kepada menteri besar dan ketua menteri tetapi hakikatnya beliau mempunyai hubungan secara langsung dengan kepimpinan bahagian.

“Saya menyertai politik pada usia 23 tahun. Jadi sudah lebih 40 tahun saya berkecimpung dalam politik dan ini memberi banyak kelebihan kerana saya bergaul dengan lebih daripada dua generasi kepimpinan parti,”katanya.

Ujarnya, itulah menjadi sebab kepada kegagalan Dr Mahathir untuk menjatuhkannya sebagai perdana menteri dan presiden UMNO – sebahagian daripada sebabnya adalah kerana faktor tersebut.

Dalam masa yang sama, Najib berkata, Dr Mahathir juga memerintah dengan ‘fear factor’.

“Beliau perintah dengan menerapkan faktor ketakutan. Sebaik sahaja tidak lagi menjadi presiden parti dan faktor takut kepadanya itu tidak ada lagi, dan keupayaan untuk mengawal kepimpinan parti juga sudah tiada, beliau tidak dapat menentukan perkara-perkara penting dalam parti.

“Ya, terdapat rasa hormat, tetapi bukan rasa takut,”katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");